Wednesday, August 6, 2008

Respect betul la..

kat ofis aku ni ada sorang Indian uncle, org panggil dia Zack. dia ni newspaper man kat ofis aku ni. ofis aku ni ada 3 blok, total ada 52 floors, lebih kurang 2000+ staff. so kalau ada sesapa nak subscribe newspaper or magazine ke boleh la mintak kat Uncle Zack ni.

yg aku respect sesgt tu, dia boleh ingat personally setiap customer dia punya preference. dlm 52 floor tu, bukan semua order paper sama. ada org nak NST, ada nak thestar, ada nak utusan, so on... tapi dia boleh ingat setiap customer tu paper apa yg dia nak.

pastu tu pulak ada org yg customized, isnin nak the star, selasa tak nak paper, rabu nak malaymail, khamis nak berita harian, jumaat tak nak, mcm tu pun ada. pun dia boleh ingat jugak! pulak tu ofis kitorang ni kekadang staff selalu bertukar tempat. aku sendiri pun tak ingat meja ofis mate aku sbb ada 3 floor, tapi uncle ni boleh ingat jugak!

respect giler la! hehehe

2 comments:

Anonymous said...

pak cik nie nak hantar tak newpaper kat iicorr? i nak beli star la...
ada byk iklan....

napee said...

nnt i tanya dia ye.. dia nak tak hantar kat iicorr.. hehehe